Operasi tanaman organik saya mulakan dengan memasukkan tanah ke dalam polybag saiz 16 dengan tanah organik yang sangat subur yang di perolehi dari tapak stor terbiar di kg saya. Bukan senang rupanya nak berbudi pada tanah ni. Tengok saja nampak senang tapi nak tercabut pinggang rasanya, maklumlah tak ada basic dalam bertani kan badan pulak 'size', semuanya try an error. Bayangkan tanah penuh 1 wheelbarrow tanah cukup hanya untuk 6 polybag, berpeluh bro jadinya , dalam polybag aku letak 1/4 baja taik ayam organik . operasi mencangkul tanah , mengangkut tanah dan mengisi tanah dalam polybag semuanya ambil masa 2hari , 1 hari mengusyar medium tanah yang bakal di rembat(free) dan 1 hari untuk operasi. selepas 3 hari baru benih di semai di dalam polybag. tunggu .... seterusnya
Tanah Organik
subur betul
semput aku di buatnya (baju putih),bro mahmud turut membantu
62 polybag
senang nak masukkan tanah dalan polybag dengan tool ni
hana enterframe
mak aku mencabut rumput
5kg polybag size 16 berbaki dalam 5helai
No comments:
Post a Comment