Projek Laman Dapur suka² saya ini tercetus setelah saya hadiri kursus membuat baja kompos pada akhir Mac 2012. Permasalahan saya sebelum ini adalah memberi nutrien yang cukup pada tumbuhan di dalam polybag. Alhamdulillah masalah dalam pembajaan sudah dapat di atasi dengan membuat baja organik sendiri samada dari jenis semburan dan kompos Setelah baja organik saya sudah 'masak' maka saya teruskan dengan proses menanam . Untuk projek suka² ini saya menanam kacang kelisa, terung panjang, tomato, kacang buncis , peria katak . Semoga pokok-pokok yang baru saya semai nanti (hujung minggu ni) akan dapat hidup lama . Jumpa lagi selepas ini.
Wasalam
Tapak Laman Dapur
No comments:
Post a Comment