Monday, May 21, 2012

Dah Berbunga Ladies Slipper

Selepas berbulan tunggu,akhirnya berbunga juga Ladies Slipper Orkid ni, beli kat Taman Orkid Kuala Lumpur , akak tu lupa namanya,kiosk - kama nursery jual orkid hutan.Tapi id aku x tau ada sapa2 boleh confirmkan!

Gian pulak tgn nak shoot 40d + 70-200f2.8L is

Paphiopedilum sp. no id

Monday, May 14, 2012

Oh TIdak !!!

Hurmmmm batas sawi hijau telah di pijak² oleh budak² kecik dari taman perumahan sebelah pada ahad lepas. Habis ber tapak2,nampak bertompok² je kawasan sawi yang hidup. Tak cukup lagi,semalam masa balik kerja dlm 5pm nampak ada biawak panjang 2m dok sunbath atas batas aku,hancus !!!! projek sawi hijau denn,nampaknya adalah secekak dua yg akan hidup lepas ni , dugaan !!! nak buat Laman dapur ni rupanya :(

Wednesday, May 2, 2012

Baja / Fertilizer

Baja / Fertilizer sangat penting dalam menentukan tumbesaran pokok kita, disini saya mementingkan baja organik berbanding dengan baja kimia. Baja organik berbentuk semburan/forliar , dan pepejal dari sumber tahi ayam & kambing. Kelebihan baja organik kerana dapat baik pulih tanah berbanding baja kimia. Selain dari itu kos baja kimia akan meningkat dari masa ke semasa samada dari harga & penggunaan bahan tersebut. Untuk pengetahuan kita sumber air dari paip perlu di takung 1 ke 2hari dengan penutupterbuka supaya klorin terhidrat kemudian baru sesuai untuk penyiraman.

Orkid Ku

Aku turut berminat tanam orkid / anggerik, nama botaninya Orchidaceae semenjak aku pergi ke ladang orkid berdepan dengan Bandar Tasik Puteri,Rawang on the way ke jalan batu arang. Minat terhadap orkid terus bercambah. Baru tahu ada 2 jenis orkid iaitu hybrid & eksotic(hutan) , aku mengidam orkid harimau / Grammatophyllum untuk di jadikan koleksi.



Paphiopedilum sp. /Lady Slipper spike dah keluar

Tuesday, May 1, 2012

Pancang


Aku semai benih cili besar , cili padi, peria katak, kacang buncis , terung panjang, tomato mini, kacang botor. baru ingat, aku x standby buat pancang al maklum aku semai pokok menjalar tapi x standby pancang. Cuti ni aku memotong pokok untuk buat pancang. Standby bila pokok sudah belajar untuk memanjat yehaaaa.



Operasi Bermula

Operasi tanaman organik saya mulakan dengan memasukkan tanah ke dalam polybag saiz 16 dengan tanah organik yang sangat subur yang di perolehi dari tapak stor terbiar di kg saya. Bukan senang rupanya nak berbudi pada tanah ni. Tengok saja nampak senang tapi nak tercabut pinggang rasanya, maklumlah tak ada basic dalam bertani kan badan pulak 'size', semuanya try an error. Bayangkan tanah penuh  1 wheelbarrow tanah cukup hanya untuk 6 polybag, berpeluh bro jadinya , dalam polybag aku letak 1/4 baja taik ayam organik . operasi mencangkul tanah , mengangkut tanah dan mengisi tanah dalam polybag semuanya ambil masa 2hari , 1 hari mengusyar medium tanah yang bakal di rembat(free) dan 1 hari untuk operasi. selepas 3 hari baru benih di semai di dalam polybag. tunggu .... seterusnya
 

Monday, April 30, 2012

Mulching (Sungkup)

Kenapa perlu sungkup permukaan tanah dengan ranting atau pun daun? kerana untuk menutup permukaan tanah supaya rumpai tak senang untuk tumbuh kerana menyekat matahari dari kena permukaan tanah, menyejukkan permukaan tanah & dapat di jadikan baja compos secara semulajadi

contoh : sungkup kat pasu pun boleh

contoh : sungkup permukaan tanah